Co-opbank Pertama

Berkongsi:


Co-opbank Pertama

Kadar serendah 2.69%
Payout setinggi 95% Secepat 3 hari. Pembiayaan sehingga RM200k. Kira komitmen luar.

Ciri-ciri pinjaman istimewa

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000
  • Tempoh pembiayaan dari minimum 1 tahun sehingga 10 tahun
  • Promosi: Kadar keuntungan tetap 2.69% untuk tempoh pinjaman sehingga 3 tahun dan 2.99% untuk tempoh 4 sehingga 10 tahun (untuk pemohon dengan gaji kasar RM3,000 & ke atas). Kadar 4.75% untuk pemohon dengan gaji kasar kurang RM3,000
  • Payout sehingga 98% dan tolak 2 bulan bayaran awal
  • Bayaran melalui biro angkasa
  • Tiada yuran ahli, tiada yuran pemprosesan
  • Tanpa penjamin atau cagaran
  • Pembiayaan berkonsep Syariah
  • Pembiayaan dilindungi Takaful
  • Pra kelulusan secepat 2 hari bekerja (untuk pra kelulusan, tak perlu dokumen yang ada majikan pengesahan)

Syarat pemohon

  • Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga dan tidak melebihi 60 tahun semasa tamat pembiayaan
  • Kakitangan kerajaan, badan berkanun atau GLC (asalkan majikan ada potongan biro angkasa)
  • Jawatan kekal dan telah berkhidmat selama minimum 3 bulan
  • Pendapatan bulanan tetap minimum RM2,000 termasuk elaun tetap
  • Kira kommitmen luar

Mengenali pinjaman peribadi Co-opbank Pertama

Pinjaman peribadi ini disediakan oleh Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (Co-opbank Pertama) dengan bayaran balik melalui potongan biro angkasa. Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan nama asalnya “The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited”. Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad. 

Misi Co-opbank Pertama adalah untuk memberi pulangan terbaik kepada pelanggan dan anggota dan juga menawarkan produk-produk perbankan yang kompetitif dengan penuh integriti. Sebagai sebuah institusi kewangan, Co-opbank Pertama menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk pembiayaan peribadi, pembiayaan pendidikan, pembiayaan hartanah, pembiayaan perumahan, pembiayaan perniagaan, produk deposit, akaun simpanan, skim kebajikan, takaful, wasiat dan skim perumahan.

Co-opbank Pertama mempuanyai lebih kurang 30 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Selepas pelanggan membuat permohonan pembiayaan Co-opbank Pertama melalui Direct Lending, pelanggan akan diperlukan untuk pergi ke cawangan Co-opbank yang terdekat untuk menandatangani surat tawaran apabila pembiayaan dah diluluskan.



 Pertanyaan - Co-opbank Pertama