Namun begitu, realitinya adalah berbeza. Berdasarkan laporan daripada Bank Dunia mengenai Penyertaan Kewangan di Malaysia (Mei 2017), hanya 25% daripada jumlah populasi orang dewasa, dan 15% daripada golongan B40, memperoleh pinjaman bank.
Alternatif yang ada sekarang untuk golongan yang permohonannya ditolak oleh bank adalah tidak mencukupi. Kesannya, mereka mudah diambil kesempatan oleh sindiket penipuan pinjaman serta peminjam wang yang tidak berlesen. Kes-kes sebegini telah banyak berlaku dan dilaporkan.
Kami menubuhkan MUHIBBAH ALLIANCE CAPITAL SDN. BHD. untuk mengubah situasi ini. Kami menawarkan pinjaman yang selamat dan berpatutan buat setiap individu yang bekerja keras, untuk membantu mereka memenuhi keperluan dan merealisasikan impian mereka.
MUHIBBAH ALLIANCE CAPITAL SDN. BHD. adalah sebuah platform pinjaman peribadi atas talian yang membolehkan para peminjam untuk mencari, memohon serta mendapatkan pinjaman yang paling sesuai bagi mereka. Pembiayaan di platform adalah berkonsep Syariah dan ditawarkan oleh RCE Capital Berhad (disenaraikan di Bursa Malaysia), Public Islamic Bank, Koperasi KOBETA, Koperasi KOPUTRI dan Koperasi Ukhwah. Selain itu, kami juga bekerjasama dengan JCL Credit Leasing dan syarikat pinjaman lain yang berdaftar dengan KPKT.